Mesej Disemat 2.0, Lokasi Langsung Lebih Baik, Senarai Main dan Lain-lain

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Memperkenalkan Mesej Disemat 2.0, Lokasi Langsung Lebih Baik, Senarai Main dan Banyak Lagi

Bermula pada hari ini anda boleh semat beberapa mesej, mendapat notifikasi bila rakan sudah hampir tiba sekiranya mereka kongsi Lokasi Langsung mereka, kirim muzik sebagai Senarai Main, dan banyak lagi.

Pelbagai Mesej Disemat

Setiap mesej kini menyokong pelbagai mesej disemat. Untuk bertukar di antara mereka, ketuk di atas bar beberapa kali - atau guna butang baru ke semua mesej disemat di halaman berasingan.

Selain dari saluran dan grup, mesej disemat kini juga boleh diguna di bual peribadi.

Penambahbaikan Lokasi Langsung

Bila rakan kongsi lokasi langsung mereka, anda boleh setkan amaran yang akan memberitahu anda bila mereka sudah hampir tiba. Ikon di atas peta lokasi langsung juga akan memapar arah mana rakan anda sedang memandang.

Senarai Main

Apabila anda menghantar banyak lagu pada masa yang sama, lagu tersebut akan disusun bersama dalam senarai main - lebih mudah untuk dimainkan, dimajukan, atau dikomen. Membuka salah satu daripada lagu akan menysusun mereka di pemain media khas Telegram.

Senarai Main dikirim ke bual

Mengirim banyak fail dalam masa yang sama juga akan memaparkannya dalam satu buih bual. Seperti dengan album foto, anda boleh sentiasa pilih setiap fail atau trek secara berasingan.

Statistik Pos Saluran

Komen telah meningkatkan aktiviti pelanggan di saluran, dan sekarang kami memperkenalkan meter canggih baru untuk pengawasan pentadbir: sebagai tambahan kepada statistik saluran, anda juga dapat melihat statistik untuk pos individu di saluran anda - termasuk senarai saluran awam di mana pos anda dimajukan.

Channel post stats page

Animasi Baru untuk Android

Juruprogram Android kami telah menambahkan animasi baru untuk mengirim mesej dan menukar lagu di pemain muzik.

Juga di Android: bila melihat foto yang anda terima, anda boleh menyuntingnya secara terus, tanpa memuat turun dan kemudian memuat naiknya lagi. Hanya ketuk butang berus ketika melihat foto untuk melukis secara pantas atau meletak stiker di atasnya.

Jackpot

Kirim 🎰 ke mana-mana bual dan lihat jika anda memenangi jackpot.

Sekiranya anda terlepas, ini juga berfungsi untuk 🎲, 🏀, ⚽️ dan 🎯.

Dan Banyak Lagi Emoji Beranimasi

Kami telah menganimasi beberapa emoji baru untuk Halowin. Bila melihat pada emoji beranimasi dalam bual, cuba ketuk pada ⚰️ atau 🎃 untuk memeranjatkan mereka.


Jika anda tidak berminat dengan Halowin, kami ada emoji beranimasi baru untuk anda:

Bagaimana untuk mendapat kemaskini ini

Versi baru ini dengan ciri-ciri di atas boleh diperolehi untuk semua pengguna Android kami melalui Google Play atau APK. Jika anda menggunakan iOS, anda akan mendapat kemaskini sebaik sahaja a) Apple habis memeriksanya ATAU b) anda membuat keputusan untuk bertukar kepada Android. 👀 TERKINI: (31 Oktober) Kemaskini untuk iOS teleh diluluskan.

Dan itu sahaja untuk hari ini, jangan kemana-mana untuk kemaskini kami seterusnya!


30 Oktober 2020
Pasukan Telegram

Berita Lain

AI 에디터, 마이티 폴, 라이브 포토, 봇이 관리하는 봇, 그리고 그 외 더 많은 기능

오늘 업데이트에서는 두 번의 탭만으로 텍스트를 번역, 변환 또는 수정할 수 있는 AI 에디터, 미디어 첨부 및 활성 설문에 대한 새로운 응답 제안과 같은 설문조사용 신규 기능, 모든 앱에서 라이브 및 모션 사진 지원, 다른 봇을 생성하고 관리할…
31 Mac 2026

멤버 태그, 텔레그램으로 로그인, 공유 비활성화, GIF 편집, 날짜 형식 지정, 투표 타임스탬프

오늘 업데이트에서는 그룹 구성원이 자신을 나타낼 수 있도록 태그를 추가하고, 특정 1:1 대화에서 메시지 공유를 비활성화하는 설정, GIF 편집 및 캡션 기능, 텔레그램으로 앱과 웹사이트에 가입 및 로그인할 수 있는 새로운 도구 등 다양한 기능이…
1 Mac 2026

새로운 디자인, 제작 기능 등

이번 업데이트는 안드로이드용 텔레그램 역사상 가장 큰 인터페이스 업데이트와, 독점적인 새로운 선물을 제작할 수 있는 크래프팅 시스템 등 다양한 기능을 추가합니다.
9 Feb 2026

AI 요약, 새로운 디자인 및 기타 기능

텔레그램의 2026년 첫 번째 업데이트는 iOS에서 더욱 많은 Liquid Glass 인터페이스와 채널 게시물 및 인스턴트 뷰 페이지에 대한 AI 요약 기능을 제공합니다. 이 모든 것은 프라이버시 극대화와 사용자 데이터 보호를 위해 설계되었습니다.
3 Jan 2026